Thursday, July 8, 2010

BerPiJAk Di BUmI yanG Sama


Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan kesannya kepada diri kita, dan apabila ianya terjadi, kita perlu laluinya walaupun ia pahit untuk ditelan. Jangan kita merasakan bahawa apa yang terjadi tidak adil untuk diri kita, percayalah segala yang telah dianugerahkan kepada kita dariNYA adalah sebaik-baik pemberian yang tiada tandingan, orang selalu berkata ”hidup ibarat roda” aplikasi roda dalam perjalanan hidup sangat sesuai, dan apabila kita berfikir sejenak mengenainya ia amat bermakna. Hidup kita diumpamakan sebagai roda, yang sering berputar, pabila digerakkan. Jika diamati dan difikirkan keadaan roda itu sendiri, kedudukannya apabila berputar menunjukkan posisi yang berubah mengikut putaran. Kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah. Apa yang dapat kita konklusikan???.. kaitkan dengan kehidupan, ia memberi makna bahawa, kita tidak akan tetap atau kekal pada satu keadaan sahaja malahan kita akan merasa segala perasaan yang wujud dalam diri setiap manusia, ianya seperti perasaan gembira diberikan nikmat,perasaan sedih apabila diuji, perasaan marah apabila dicabar kesabaran kita. Semua orang boleh dan mampu memberikan pendapat masing-masing, akan tetapi kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa hidup ini perlu diteruskan juga walaupun perjalanan yang kita lalui penuh liku. Wahai jasad yang dihuni oleh ROH, dan juga memiliki sekeping HATI, sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri dan menilai segala kekurangan yang ada dalam diri, tidak perlu melihat kepada kekurangan orang lain, sibukkanlah diri kita dengan memperbaiki kekurangan diri kita. Dan jangan kita selalu mempersoalkan pemberian orang lain kepada kita, malah bertanyalah pada diri, berapa banyak sumbangan yang telah kita beri, terutama pada MAK dan AYAH kita,keluarga, dan masyarakat. Kita juga tidak perlu dan tidak layak mempersoalkan nikmat ALLAH kepada kita kerana kita adalah insan yang sering lupa dan tidak terlepas daripada melakukan DOSA. Adakah kita menjalankan perintah ALLAH dengan sebaik-baiknya???fikirkanlah dan renungkan. Ingatlah wahai insan yang bergelar manusia, tetapan daripada ALLAH adalah nyata dan jelas, dan ALLAH tidak melihat kepada banyaknya KEBAIKAN yang kamu lakukan, tetapi ALLAH melihat sejauh mana KEIKHLASAN yang kamu lakukan hanya kerana ALLAH.. wallahualam...Letakkanlah diri kita serendah yang mungkin walau kita berada di PUNCAK yang tinggi. Dan sentiasalah kita pasakkan dalam JIWA dan HATI yang menuju kematian ini agar bersederhana dalam apa jua perkara. Tiada KESEMPURNAAN pada diri ini, Jika kita adalah HAMBA ALLAH. Teruskan hidup, kerana kita berpijak di bumi yang sama dan takdir ALLAH itu pasti. Jika ingin membetulkan dan menyalahkan orang lain, praktikkan dahulu dalam diri kita, dan seandainya kita terlupa dan lalai dalam membentuk diri ini, mohonlah pada ALLAH agar kita sentiasa diberi peringatan, walau hanya melalui bisikan dan hembusan angin....INSYAALLAH.



” Dan apabila kita sering membicarakan kesalahan dan kekurangan orang lain, Maka kita telah mencanang kesalahan dan kekurangan kita sendiri”

No comments: