Wednesday, July 28, 2010

KeSaKItaN YaNg MErAwaT...

salam...agak lame x menulis..hehehe......al maklumlah agak bz..wiwiwi..xde pe yg nk cte sgt la..but since balik usm, setiap weekend mesti ade je program..uwaaa.....bz toi..smpai mase utk dri sendiri pon xde...huhu..sedey.....anyway, last week aku n MPP len g UMP,ade program engineering linkage...perjalanan yg agak jauh la kan..heheh....tp nk wt cmne kan..da tggugjwb....program sgt menarik sbb nye dpt kenal membe2 dr universiti lain..heheh...bes sgt....smpai g visit pon kt trengganu..jauh tuh..huhhu..but...this is one of da best experience...ok tutup cte pasal UMP program..skang cte lak pasal kesakitan yg aku lalui....ermm padahal xdela teruk mane pon..heheh....tp dpt gak la MC 2 ari..tq doktor...wiwiwi....mase ptg isnin tuh, aku ade training netball mcm biasa la....al maklum la sabtu n ahad ni ade game open USM....punye semangat main hari tu,tbe2 ditakdirkan aku jatuh....mase jatuh tuh ALLAH je yg tahu..betapa sakitnye...n aku mengerang kesakitan tanpa memikirkan org yg ade kt sekeliling tuh...dlm otak mase tuh da pkir...mcmne la kalo kaki patah,pastu kena operation..aiyooo..mesti mak marah...sory mak..sbb degil jugak nak main..actually...ni kali ke 2 aku jatuh..n tmpt yg same injured..kali ni, doc kata tisu koyak lag..kat bhgn lutut...ermm mase mula2 dgr sedey jugak la..sbb xleh men da dlm mase terdekat tp nk wt cmne..mungkin ade HIKMAH disebalik kejadian ini....walaupon kesakitan ini menyukarkan aku meneruskan rutin harian tapi aku percaya...kesakitan inilah yg bisa merawat dosa2 yg pernah aku lakukan dulu...TERIMA KASIH YA ALLAH dan AKU BERSYUKUR..walaupon di mata insan kesakitan ini adalah perkara yg menyusahkan....dan tidak lupa kpd kawan2 yg byk membantu dan prihatin..semoga ALLAH melimpahkan RAHMAT ke atas kebajikan mereka terhadap aku...
" Percayalah....setiap yg ALLAH tetapkan pd kita mempunyai sebab2 tertentu, dan semua yg diberikan adalah NIKMAT, walaupon ianya perkara yg paling pedih utk kita terima,aku dan semua insan di dunia ini tidak pernah terlepas drpd melakukan kesalahan, tetapi kita bisa menilai dan menyesali kesalahan yg kita lakukan, kerana ALLAH sentiasa memberi peluang utk kita berubah selagi kita masih lagi bersaksi bahawa ALLAH adalah TUHAN kita dan NABI MUHAMMAD pesuruh ALLAH...."wallahualam

Thursday, July 15, 2010

ReNUnGKanLAh PUterIkU



Puteriku...

Adalah benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama menuju ke lorong dosa, tetapi apabila engkau tidak setuju maka lelaki itu tidak akan berani. Lantaran lemah gemalaimu, lelaki akan bertambah parah.

Wanitalah yang membuka pintu, seolah-olah engkau katakan kepada si pencuri itu;

" Silakan masuk, silakan... "

Apabila pencuri telah mencuri, engkau berteriak ;

" Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri! "

Sesungguhnya di dalam khayalan seorang pemuda, dia tidak melihat wanita itu semata-mata kecuali wanita itu ditelanjangi pakaiannya. Oleh itu, janganlah engkau mudah mempercayai perkara yang dikatakan oleh lelaki kerana kebanyakan mereka tidak akan melihat wanita semata-mata kecuali akhlak dan budi bahasanya.

Dia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat namun sesungguhnya dia telah berbohong. Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu hanyalah merupakan perangkap rayuan.

" Setelah itu apa yang terjadi? "

Kalian berdua sesat di dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu akan merasai penderitaan akibat kenikmatan itu buat selamanya. Si lelaki akan mencari mangsa yang lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, hidupmu diselubungi kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

Puteriku...

Cita-cita wanita yang tertinggi ialah perkahwinan. Setinggi manapun status sosial, kejayaan, kerjaya, kemahsyuran, prestasinya, namun perkara yang paling agung dan sangat diinginkannya ialah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.

Tidak ada seorang lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun dia ialah lelaki 'berhidung belang' . Apabila ingin berkahwin dia akan tetap memilih wanita yang baik, kerana dia tidak rela wanita yang tidak baik menjadi suri hidupnya dan ibu kepada putera dan puterinya.

Puteriku...

Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban ialah dirimu. Oleh itu, jangan memberi diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui semula.

Inilah nasihatku buatmu puteriku. Inilah kebenaran dan sedarilah bahawa di tanganmu terdapat kunci pintu ke arah kebaikan. Apabila diri kalian diperbaiki, maka umat juga akan menjadi baik. Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu.

WanITa YaNG DisAYanGI ALLAH


Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang serikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau...

Suatu malam yang sunyi sepi, semasa masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang barang berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." Kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah kamu ini." Kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu! " Kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.


Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa:

"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

GirLS daY Out..


TaNggaL 14JulY2010...seramai 22 org gadis2 cantik hang out same2..heheh...destinasi kami adalah di SEOUL GARDEN juru...1st time kuar ramai2...bes sgt....to all my luvly sis...korg memg bes...hope kenangan kita bersama dapat kita jadikan perkara terindah sepanjang blaja kt USM...hehehe....makanan kat ctu memang sedap n TARBAEK la..hahah....nasib bek xmakan ape2 ag sebelum g..kalo x rugi la bayar RM25, coz xdpt makan banyak2 pasal da kenyang..hehehhe.....lepas ni hope dapat kuar n g jenjalan same2 ag.....ouh yeah

Thursday, July 8, 2010

KenAngan TEriNdaH



Hari pertama menjejakkan kaki di tempat praktikal, aku agak terpinga-pinga dan masih tidak biasa dengan keadaan di pejabat, aku sangat beruntung kerana semua staf di pejabat memang ramah,ermm….terdetik dalam hati “nasib baik la dorang sume mudah mesra”..huh..lega ….heheh…dan keesokkannya aku lalui hari-hariku seperti biasa. Aku diberikan penerangan oleh engineer yang kendalikan aku, dan lepas tu bermula lah tugasan aku dan seterusnya. Saat-saat bersama mereka, sangat manis dan tidak mungkin aku lupakan, walaupun kadang-kadang aku rasa menyesal masuk sini…ermm…ni lah perangai aku..heheh…cepat bosan…dan pada satu hari, kami hang out ramai2…hihihi…..yang paling best semua budak intern ade…7 orang termasuk aku, kitorang berjumpa di sunway pyramid, antara aktiviti yang kitorang wat, main boling, archery, dan g jalan2 kat I city….heheh…best sangat.....doranglah kawan2 praktikal aku yang paling sempoi….ktorang enjoy masa bersama….xdpt aku gambarkan kegembiraan yang aku rasakan…dan hari ini,tiba lah masanya, hari terakhir aku kat G&P ni…ermm rasa sedih n syahdu tu adalah jugak..heheh..tapi nak buat macamane, setiap yang bertemu pasti akan berpisah…itulah lumrah kehidupan…tapi apepon aku akan kenang segala yang aku lalui di sini bersama kawan2 dan staf G&P…hehehe……tanx for everything BOS,SUPERVISOR, and kengkawan…hik hik….walaupon berlainan bangsa dan agama tapi kita tetap berteduh di bawah langit yang sama….ouh yeah….1 Malaysia..

BerPiJAk Di BUmI yanG Sama


Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan kesannya kepada diri kita, dan apabila ianya terjadi, kita perlu laluinya walaupun ia pahit untuk ditelan. Jangan kita merasakan bahawa apa yang terjadi tidak adil untuk diri kita, percayalah segala yang telah dianugerahkan kepada kita dariNYA adalah sebaik-baik pemberian yang tiada tandingan, orang selalu berkata ”hidup ibarat roda” aplikasi roda dalam perjalanan hidup sangat sesuai, dan apabila kita berfikir sejenak mengenainya ia amat bermakna. Hidup kita diumpamakan sebagai roda, yang sering berputar, pabila digerakkan. Jika diamati dan difikirkan keadaan roda itu sendiri, kedudukannya apabila berputar menunjukkan posisi yang berubah mengikut putaran. Kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah. Apa yang dapat kita konklusikan???.. kaitkan dengan kehidupan, ia memberi makna bahawa, kita tidak akan tetap atau kekal pada satu keadaan sahaja malahan kita akan merasa segala perasaan yang wujud dalam diri setiap manusia, ianya seperti perasaan gembira diberikan nikmat,perasaan sedih apabila diuji, perasaan marah apabila dicabar kesabaran kita. Semua orang boleh dan mampu memberikan pendapat masing-masing, akan tetapi kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa hidup ini perlu diteruskan juga walaupun perjalanan yang kita lalui penuh liku. Wahai jasad yang dihuni oleh ROH, dan juga memiliki sekeping HATI, sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri dan menilai segala kekurangan yang ada dalam diri, tidak perlu melihat kepada kekurangan orang lain, sibukkanlah diri kita dengan memperbaiki kekurangan diri kita. Dan jangan kita selalu mempersoalkan pemberian orang lain kepada kita, malah bertanyalah pada diri, berapa banyak sumbangan yang telah kita beri, terutama pada MAK dan AYAH kita,keluarga, dan masyarakat. Kita juga tidak perlu dan tidak layak mempersoalkan nikmat ALLAH kepada kita kerana kita adalah insan yang sering lupa dan tidak terlepas daripada melakukan DOSA. Adakah kita menjalankan perintah ALLAH dengan sebaik-baiknya???fikirkanlah dan renungkan. Ingatlah wahai insan yang bergelar manusia, tetapan daripada ALLAH adalah nyata dan jelas, dan ALLAH tidak melihat kepada banyaknya KEBAIKAN yang kamu lakukan, tetapi ALLAH melihat sejauh mana KEIKHLASAN yang kamu lakukan hanya kerana ALLAH.. wallahualam...Letakkanlah diri kita serendah yang mungkin walau kita berada di PUNCAK yang tinggi. Dan sentiasalah kita pasakkan dalam JIWA dan HATI yang menuju kematian ini agar bersederhana dalam apa jua perkara. Tiada KESEMPURNAAN pada diri ini, Jika kita adalah HAMBA ALLAH. Teruskan hidup, kerana kita berpijak di bumi yang sama dan takdir ALLAH itu pasti. Jika ingin membetulkan dan menyalahkan orang lain, praktikkan dahulu dalam diri kita, dan seandainya kita terlupa dan lalai dalam membentuk diri ini, mohonlah pada ALLAH agar kita sentiasa diberi peringatan, walau hanya melalui bisikan dan hembusan angin....INSYAALLAH.



” Dan apabila kita sering membicarakan kesalahan dan kekurangan orang lain, Maka kita telah mencanang kesalahan dan kekurangan kita sendiri”

Nota Untuk JIwa

NOTA ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

NOTA ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

NOTA ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

NOTA ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
NOTA ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. NOTA ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya NOTA ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "LELAH".

Tuesday, July 6, 2010

PeMBerIan TerINdaH daRi ALLAH


Saat lahir melihat dunia,hanya tangisan yang mampu aku lagukan sebagai suara pertama. tiada apa yang lebih indah bagi seorang ibu,selain melihat anaknya yang baru saja dilahirkannya,kerana mak dan abah aku lahir ke dunia,diiringi dengan rahmat dari ALLAH.Hari berlalu,masa silih berganti,usia ku meningkat,aku seperti orang lain,menjalani kehidupan seperti biasa , dan hinggalah saat ini aku masih bernafas di bumi ALLAH, YA ALLAH telah ENGKAU kurniakan aku mak dan abah yang sangat2 sempurna, KAU lindungilah mereka,KAU ampunilah dosa mereka,berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat.YA ALLAH,lenyapkanlah titisan air mata daripada mengalir di pipi mereka, berikan mereka kekuatan menempuh perjalanan hidup yang penuh berliku ini. YA ALLAH, jika mereka TERJATUH dalam menyusuri perjalanan sebagai hamba, sambutlah tangan mereka agar tidak terus terjatuh,tuntuni mereka agar kuat meneruskan perjalanan,dan seandainya mereka TERLUPA, berikanlah peringatan walau hanya melalui hembusan angin yang berbisik. YA ALLAH, aku bermohon,untuk semua ibu dan bapa yang wujud di dunia ini,agar KAU merahmati mereka,agar KAU melimpahkan rezeki yang banyak,agar KAU tempatkan mereka di kalangan orang yang BERIMAN apabila mereka pergi menemuiMU suatu ketika nant...aaaminnn..

Monday, July 5, 2010

MenGhitung Hari


huhuhu..lame da x menaip..hik hik......tinggal brape ari je lagi nak abis praktikal, apepon hari-hariku mesti diteruskan, minggu depan bermula lah, semester baru,ermmm....bermula juga tanggungjawab sebagai majlis perwakilan pelajar kat usm..hihihih...apepon semoga ALLAH memberkati perjalanan aku di semester baru..moga aku lebih istiqamah dalam menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH